Sunday, February 3, 2013

MINAT LELAKI JE KOT

macamni.
gua selalu buntu, apa gua nak jadi? kerja apa gua nak buat?
gua suka apa?
gua memang suka fikir lebih-lebih, macam result bagus sangat!!!
orang selalu redah je kerja..ikot flow hidup..
tapi aku fikir je lah, tak usaha pun.
interview pun  tak nak pergi...
=P


so, masa lepak-lepak,
 aku tanya kawan aku yang sorang nih.
"weh, ko rasa kan aku sesuai kerja apa? ada idea?"
kawan gua jawab "ikot hati beb, ikot hati, hati ko minat apa?"

gua pun jawab dengan  muka confident... 
  " masalanya gua tak tahu hati gua minat apa,
tapi yang pasti hati gua minat  betul la dengan lelaki"
kawan gua terus angkat kaki blar, tinggalkan gua terkial-kial....
'amboi bengang betul'
 
gila kau tak suka?


sampai ke tua gua tak mampu nak jawab lagi soalan cikgu gua masa darjah satu

"dah besar nak jadi apa?"




Wednesday, January 30, 2013

AKU NAK CERITA NIH

sara, citah,sab n aku

peristiwa berlaku minggu lepas,
eceh~
sab dengan citah datang tidur rumah aku,
tujuan? nak hantar sarah ke airport keesokan harinya,
selebihnya nak berjimba,
plan dah lama, konon habis praktikal nak turun KL nak spend time konon-konon.
lepaskan tekanan yang tak seberapa nak ditekan ni.
sepatutnya lisma dengan jo ada. tapi diorang tah kenapa masalah ibu mengandung tak dapat menghadirkan diri. =P


testing-testing


                                      aku tunggu sab dengan citah dekat erl putrajaya.
semalam sebelum aku cakap dengan ibu.

"ibu, esok kakak nak pergi amek sab dengan citah"
kaklong dengan kurang ajar nye menyampuk
"amek pakai apa?"
aku menjawab "amek naik bus laaa~"
kaklong bidas " amboi besar kereta awak"damn!

jumpa sara pastu terus pergi makan,
kepala ada empat order untuk 6 orang.
memang perut buaya tembaga.


seperti biasa pingan aku paling licin,
juara bertahan..yeahuu~
lepas tu karaoke, makan aiskrim.


esok harinya.
kami berempat pergi hantar sarah ke airport.
erk, bukan hantar, tapi jumpa sarah dekat airport.
plan awal konon nye seawal subuh nak terpacak dekat airport.
tapi biasa lah, kita sebagai wanita melayu terakhir wajib lambat.
*dan-dan mengaku wanita*


kebahgiaan dalam perpisahan =)

  masa salam peluk cium sarah, sedih gak,
tapi disebabkan gua nak maintain kan ke machoan .
walaupun mata dah berkaca-kaca..gua bertahan.
pantang golongan apok menangis di khalayak weh .hilang hensem...
=P

babai sarah, duk london tu elok2.
harap ilmu 'mempertahankan diri'
yang kitorang ajar tu dapat jaga lu...
paham tak ni?
belajar betol2, bawak balik master dengan mat saleh sorang untuk gua.
=p


esoknya keluar ke mid konon2 nak jumpa mira dengan abdul,
tapi diorang pun ada masalah puspanita,
so, teman je citah jumpa ex housemate beliau.
housemate beliau ex classmate aku.
naseb qiqi datang menjelmakan diri...
so gosip mak jah pun bermula.
bila borak-borak rasa lah dah tua, sebab sembang pasal kerja, future segala.
stress gak kekadang..isu berat.
tapi ada gak selit topik lelaki,
biasalah elak dari mengantuk.
=P



eh dah lah,
boring la cerita sesorang,
bukannya ada respon pun.
K bai.
-done-

AKU NAK CAKAP

assalamualaikum..
lama giler kan aku cari kabel usb phone aku?
biasa la orang nyanyuk.
rerupanya kabel phone aku ni merajuk sampai ke johor.
jauh giler.
aku baru perasan aku suka type 'giler'
rasa annoying dengan diri sendiri pun ada kekadang...

weh banyak sangat benda nak dicerita.
tak tahu nak mula dari mana..
so, aku nak mula dengan ayat 'aku nak cakap'

1. aku nak cakap yang thesis aku da siap, dah selamat hantar tapi tak tahu lah markah dia selamat ke tak..


2.aku nak cakap aku punya presentation VIVA awesome tapi tak tahu lah markah nya awesome ke tak.


3. aku nak cakap praktikal aku dah selesai, dan aku dah mula rindu MOF. tapi tak tahu la diorang rindu aku ke tak.

4. aku nak cakap sekarang ni aku tengah take sweet time,  so, tolong jangan tanya aku 'tengah buat apa sekarang?'


5. aku nak cakap aku rindu makanan-makanan segamat... rasa nak g segamat sekarang!





itu je aku nak cakap..
erk, sebenarnya bukan cakap tapi tulis..
-done-

Sunday, January 6, 2013

2013

Tahun 2013,
konon-konon gua nak update first entry gua dengan sesuatu yang wow,
sebab tu  lambat update.
so,
ni gua dah update.
wow kan?
=P

* gua penat keliling rumah carik usb kabel henpon gua, tah mana dicampakkan nya tah*

Tuesday, December 18, 2012

REVIEW: SUNWAY LAGOON 2012

HELLO
assalamualaikum..
hahaha..bapak lambat aku update.
busy-busy-busy...
busybody!

 lama dah tak pergi sunway lagoon,
last darjah 4.
mengorat pun tak reti lagi..
=P


siapa dewasa ada mykad nak masuk RM90
+ RM10 untuk deposit jam bercip,
 sunway dah cangih mangih,
kalau dulu pakai kertas tag tangan,
sekarang ada jam yang bercip,
fuyohhhhh~
jakun jap...


ni dia.. satu malaysia weh, pelabagai warna kulit,
aku yang paling 'cerah'
weh jam ni canggih giler,
nak tahu kenapa?sat lagi aku cerita,
kalau korang nak sewa locker nak letak purse, duit, jam,
boleh letak dalam ni,
RM15. disebabkan kami datang bertiga,
sebab semua nak masuk air maka, 
wajib sewa locker ni,
korang pergi kaunter bayar rm15.
pastu pergi dekat locker, scan jam tu,
'pap', automatic locker kita terbukak sendiri...


first time masa buat,
kami bertiga serentak
"fuyoh~~~"
jakun! nasib tak ada orang.


seperti yang semua sedia maklum,
sunway lagoon tak boleh masuk makanan,
tapi qi degil, dia bawak sandwich jugak,
risau aku lapar,
aku suka lah, tapi sunway lagoon tak suka,
dia pun sorok-sorok kan dalam beg,
tapi muka cuak-cuak,
takut sandwich kena buang,
akhirnya, lepas jugak.

muka gembira sebab lepas.
gambar dalam air tak ada,
ada satu je tapi tak scan lagi,
haha, sory nyah qi, nyah tina..
beli rm35.00 sekeping..



 korang kalau nak pergi sunway lagoon,
malam sebelum pergi sila tengok tv1 cuaca esok macamana,
sebab kalau esok hujan, lupakan niat ye,
banyak giler benda outdoor tak boleh main,
rugi!

muka terpaksa main...HAHA..

lagi satu, kalau nak main air, 
tak payah sewa pelampung pun tak apa,
membazir, tak banyak pun gelongsor air yang kena pakai pelampung sendiri.
banyak yang dia dah sediakan. FREE je.
lagi pun nanti puas pulak kena jaga pelampung kemana saja korang pergi.

gambar bonus



erm, itu je kot aku nak cerita,
yang lain semua sama,
biasa-biasa je tak ada la best sangat..
tapi berbaloi lah RM90
dari pergi legoland yang RM105 tuh..
=P

makanan esoknya...