Thursday, February 9, 2012

NOVEL MELAYU YANG BEST

assalamualaikum
wellow.
tadi bangun pepagi.
aku teros masuk bilik ibu.
aku cari novel bicara hati penulis damya hanna..
ala... yang drama dalam astro prima tu, 
yang shanaaz aku jadi hero tu..
bukan apa, aku tunggu drama lambat sangat.
sekarang baru episode 6.
novel pernah baca tapi lupa.
entah kurun keberapa entah aku baca.
tapi penat aku godek-godek, kuis-kuis.
tak jumpa apa yang dicari.
last-last, aku pun punggah semua.
geram!
baru senang sikit nak cari.

tu dia.... mampuih nak kemas.

dalam banyak-banyak koleksi novel yang ada dalam rumah ni.
aku paling suka dengan penulis  ramlee awang murshid.(RAM)
bukan sebab dia lelaki.
tapi sebab dia ni misteri.
aku kagum gile dengan imaginasi dia,
yang melangkau sempadan gunung sahara ni.
dia punya isi detail, lengkap,padu..
memang betul-betul buat research la.
kadang-kadang sakit hati jugak dengan beliau ni.
yelah, kalau novel-novel melayu,drama, atau filem-filem,
 senang je aku detact jalan cerita /ending cerita.
tapi novel abang ramlee (ecehh abang..) ni, sampai migrain-migrain aku fikir.
ibu sampai cakap

"yang awak sibuk fikir kenapa? baca jelah, semua dah ada dalam tu."

grrrrrr....tension.
tak heran la dia di anugerahkan gelaran "penulis novel thriller number 1 di malaysia"
memang layak pun!
so, aku mencadangkan siapa yang suka berfikir dan thriller punya novel, wajib beli novel ni.
banyak info, serious.
kepuasan terjamin.

senang cerita.

*kau kata novel melayu tak best, sebab kau tak pernah baca novel RAM.
baca dulu, baru tahu best ke tak best.

ranking aku : fiksyen 302,mandatori,satu janji,ranggau, dan lain-lain......
sila klik untuk detail

tak cukup ada lagi tiga lupa nak enterframekan.

lengkap! erk... tapi lagi satu tak beli.

novel lain-lain aku baca, tapi biasa-biasa je.
mengisi masa lapang. 
aku selalu beli novel ikut penulis.

damya hanna, cerita cinta..
selalu cerita daripada sebelum kahwin sampai bahagia..

sama la jugak, anis ayuni not bad..
kau kekasihku =  drama nora elena.
aisya sofea... aku suka...
novel pertama yang aku baca 'kau untukku'. nangis beb..



fauziah ashaari, ombak rindu, dengan pergilah sepi ni best.
yang lain biasa.
haaaaaaaa.. ni favourite rosyam nor.
selalu jadi rosyam nor punya penulis skrip
untuk SUHAN MOVIES n trading. 
norhayati berahim. ibu aku suka.
dia banyak nasihat,pengajaran.
cinta pertama best. pernah ada drama dekat tv2.


ni lain-lain penulis.
selalu beli sebab baca sinopsis dekat belakang.

jeng-jeng-jeng.
penat aku susun..
susun ikot penulis novel.




 *tak jumpa pun novel bicara hati..mesti dah baca tak simpan balik.



alo tomei,tomei...
memang sama dengan imaginasi aku.

17 comments:

NorHaFydzah said...

teringat zaman sekolah... gila baca novel cintan cintun...hihi sekarang minat dah semakin hilang... hihi :)

Putri N@ilofar said...

perghh...penuh 1 almari beb..syabas, teruskan membaca..hehe

LC Althea said...

RAM ada nobel baru, sunan musafir. aku dh beli. best weh, tp nk nangis sbb sunan dh abes (ok, tipu. mne de nangis) huuhu

zz said...

wahhhh...bangga...teringin nak membeli buku dan baca...tapi sekarang hanya mampu membeli...

Zaidalifah Hussin said...

JOM SHARE CERITA NOVEL DENGAN BONDE...

DI :

http://kumahuitu.blogspot.com

skulluv said...

try cari novel terbitan FIXI, Lejen Press and lain2 yang tak berap mainstream pun sempoi gak.

:)

hani-allaboutme.blogspot.com said...

Try baca Andai itu takdirnya penulis Siti Rosmizah , novel pertama buat saya titiskan air mata :)

aeinio said...

jom baca novel free... tq..

Anonymous said...

drama nora elena bkn based on kasih yg suci by meen zulaikha ke,,?

Ambisan said...

Novel RAM yg aku pernah baca Ranggau. Best gak

Ambisan said...

Novel RAM yg aku pernah baca Ranggau. Best gak

Ambisan said...

Kat mana nak cari? Ada link?

Ambisan said...

Cadangan: Aku suka baca novel Indonesia karya Habiburrahman Elshirazy dan Andre Hirata; Laskar Pelangi. Boleh google Senja di bumi pajajaran. Cerita pasal kisah perjuangan. Agak klasik tp banyak pengajaran

Anonymous said...

Kenapa SEMUSIM RINDU tak disebut langsung???????

nOo aFyZa said...

wahhh ... bnyk ny novel dea ,, suka .. suka // bestt sgt bca novl , tpy slalu gak kena mrah bila baca .. almaklum la masih sekola kn ,, buku plajran tak hbis bca ,, tetiba novel d tgan !! huhu nmun begitu klau suda fevret susah mw dilepaskn ,, hehe

zyra thenia said...

salam sis. tumpang tanya. sis ada nk let go novel alaf 21 yg lama x?
tajuk : setulus janji, pergilah sepi, seharum kasih, nota cinta buatmu, ria qistina, kau sayangku, masih ada rindu, rindu yang pergi, lafazkan kalimah cintamu? if yes please do email me at zyrathenia@gmail.com. tq :)

Arina Azman said...

Boleh sponsor novel tak ? Novel terpakai pun xpe > http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/2013/07/pencarian-sponsor-hanya-8-hari.html